Perak Hari Ini

MB Antara Senarai Penerima Anugerah Bintang Dan Pingat

IPOH- Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mendahului senarai penerima pingat dengan menerima Anugerah Bintang Semangat Padi Kelas Kedua Perak (BSPII) pada Majlis Penganugerahan Bintang, Pingat dan Sijil Pengakap Raja Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak Darul Ridzuan 2019.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin berkenan menyempurnakan penyampaian pingat kepada beliau serta anugerah Bintang Semangat Rimba Kelas Kedua Perak (BSRII) kepada Setiausaha Kerajaan Negeri yang juga Timbalan Yang DiPertua Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak, Zainal Azman Abu Seman semasa majlis yang berlangsung di Dewan Bankuet Bangunan Darul Ridzuan di sini, hari ini.

Mengiringi Baginda, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Ketua Pengakap Negara, Tan Sri Datuk Seri Paduka Shafie Mohd Salleh dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak, Ahmad Azam Shah Abd. Majid.

Turut disampaikan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak bagi tahun 2019 kepada 70 orang penerima antaranya Pingat Jasa Pengakap, Bintang Seri Maharaja Lela, Pingat Perkhidmatan Gemilang (PPG), Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC), Pingat Dato’ Sagor- Emas, Pingat Dato’ Sagor- Perak, Pingat Perkhimatan Setia (PPS), Pingat Perkhidmatan baik (PPB), Pingat Perkhidmatan Lama (PPL) dan Pingat Kecemerlangan Pendidikan (PKP) UPSR 2017.

Dalam perkembangan yang sama, baginda berkenan untuk menyampaikan kesemua Anugerah Sijil Pengakap Raja kepada 287 ahli Pengakap dalam negeri Perak yang telah lulus dengan cemerlang sebagai pengakap raja bagi tahun 2017 dan 2018.

Ahmad Azam semasa menyampaikan ucapan menzahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan negeri kerana telah melaksanakan hasrat Pengakap di negeri ini untuk memiliki aset bangunan sendiri.

“Persatuan Pengakap Malaysia (PPM) Perak kini mempunyai sebuah ruang pejabat dua tingkat yang terletak di pusat komersial Jelapang yang turut beroperasi sebagai pusat pentadbiran Pengakap Neheri Perak,” katanya.

Katanya juga ,beliau turut meletakkan harapan daripada pihak PPM Perak untuk memiliki sebuah kem latihan dan kemahiran pengakap di negeri ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");