Perak Hari Ini

MB Hadir Majlis Berbuka Puasa Dun Chenderiang

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hadir bagi menyempurnakan Majlis Berbuka Puasa Dun Chenderiang di perkarangan Masjid Ar- Rahmaniah, Batu Melintang, hari ini.

Dalam majlis itu juga, Ahmad Faizal turut merasmikan Program Jelajah Ramadan anjuran Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) serta menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf di kawasan tersebut.

 

Program tersebut merupakan kerjasama strategik antara RTM bersama jabatan dan agensi kerajaan di peringkat negeri Perak serta menggabungkan beberapa komponen kerajaan demi memberi kesejahteraan terutamanya bagi pihak yang memerlukan bantuan dan sokongan.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith.

Terdahulu, Ahmad Faizal telah hadir ke Program Gotong Royong Bubur Lambuk Perdana Dun Chenderiang.

Dalam program tersebut, 250 orang yang terdiri daripada penduduk dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) daripada 12 buah kampung sekitar Chenderiang serta kakitangan agensi kerajaan terlibat dalam menyiapkan bubur lambuk tersebut.

Pada perkembangan sama, Ahmad Faizal juga turut mengedarkan sebanyak 4,000 bekas bubur lambuk kepada pengguna jalan raya, pengunjung serta peniaga di Bazar Ramadan Tapah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");