Perak Hari Ini

MP Prihatin Kebajikan Warga Parlimen Ipoh Timur

IPOH: Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh hari ini hadir bagi meninjau kerosakan Masjid As-Sobbirin, Lahat, dimana kubahnya mengalami kebocoran apabila hari hujan.

Masjid yang berusia 10 tahun itu dikatakan mengalami masalah itu bermula sebulan yang lepas dimana kebocoran tersebut mengakibatkan kerosakan pada karpet masjid tersebut.

“Hari ini saya telah meninjau sendiri kerosakan yang dialami, dan saya telah meminta pihak masjid tersebut untuk membuat anggaran kos bagi menyelesaikan masalah tersebut.

“Sebelum apa-apa peruntukkan diberi, saya perlu melihat sendiri masalah yang dihadapi kerana ini merupakan cara kerja atau modus operandi yang perlu dilakukan kerana wang tersebut merupakan wang rakyat dan kita seharusnya menggunakan dengan sebaik mungkin bagi memanfaatkannya,”katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media selepas mengadakan tinjauan di Masjid As- Sobirin, Bandar Lahat Baru, Ipoh, hari ini.

Ujarnya lagi, memang ada banyak permohonan yang masuk dari semasa ke semasa dari segi aktiviti, penaiktarafan dan bukan sahaja daripada masjid dan surau tetapi ada juga dari sekolah dan juga klinik.

“Untuk bulan Ramadan ini, sebanyak 3 buah masjid telah diberikan peruntukan sebanyak RM10,000 bagi setiap masjid bagi membantu perjalanan aktiviti serta penaiktarafan yang dilakukan.

“Antaranya ialah Masjid Ibnu Salam, Pengkalan Pegoh, Masjid Al- Furqan iaitu di Taman SSPK dan juga Masjid Ad- Diniah di Kampung Sri Kinta.

“Saya akan cuba sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka dan juga akan memastikan setiap sen yang diberikan untuk peruntukkan ahli parlimen akan dimanfaatkan buat rakyat khususnya warga Parlimen Ipoh Timur,”katanya.

Pada perkembangan sama, beliau juga menyentuh perihal rakyat khususnya golongan fakir miskin di kawasannya berdasarkan statistik lima bulan lepas bermula Januari tahun ini.

“Sebanyak RM60,000 telah disalurkan kpd keluarga2 yg miskin yg mana jumlah bantuan antara RM300 hingga RM2,000 diberikan bergantung kepada keperluan mereka dan wang ini merupakan peruntukkan kecemasan yang diberikan kepada Ahli Parlimen Ipoh Timur.

“Selain itu juga, pada isnin hadapan,saya akan menganjurkan sebuah Program Bantuan Fakir Miskin di Kampung Sri Kinta dimana 100 buah keluarga akan menerima manfaat bagi meringankan sedikit beban mereka menjelang Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba nanti,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");