Sukan Hari Ini

Norza Tewas Pemilihan Presiden BAC

KUALA LUMPUR: Anton Aditya Subowo dari Indonesia mengekalkan kerusi Presiden Konfederasi Badminton Asia (BAC) bagi penggal 2019-2023 apabila menewaskan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria pada pemilihan yang diadakan di Nanning, China, hari ini.

Menurut kenyataan Badminton Asia menerusi akaun Twitter, Anton dipilih sekali lagi dalam mesyuarat agung tahunan badan induk itu selepas mula memegang jawatan presiden pada pemilihan penggal lalu iaitu 2015.

“Anton dipilih empat tahun lalu, mengekalkan jawatannya selepas menerima undian tertinggi berbanding pesaingnya, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, Presiden BAM,”.

Norza sebelum ini memaklumkan beliau bertanding sebagai ‘underdog’ dan memilih untuk bersaing selepas menilai beberapa faktor termasuk sokongan padu daripada beberapa kuasa badminton Asia selain kedudukan ibu pejabat BAC yang terletak di ibu negara.

Jawatan naib presiden pula menyaksikan seramai tujuh calon terpilih berbanding lima pada penggal lalu dengan Ali Almarri dari Kuwait mengekalkan jawatan.

Enam muka baru adalah Wang Wei dari China, Kim Jong Soo (Korea), Tirta Juwana Darmadji (Indonesia), Chang Kuo-Tso (Taiwan), Dr Himanta Biswa Sarma (India) dan Dr Sawsan Mohammad Taqawi (Bahrain).

Jawatan Setiausaha Agung BAC pula menjadi milik pengerusi jawatankuasa pembangunan pada penggal lalu, Moosa Nashid dari Maldives manakala Jassem Kanso dari Lubnan mempertahankan jawatan bendahari.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");