Panasnya Hari Ini

Piagam Umno, PAS Patut Dapat ‘Restu’ Ahli, Kata Husam

Usaha PAS dan Umno memeterai piagam bersama sepatutnya turut melibatkan anggota kedua-dua parti di peringkat akar umbi, kata Naib Presiden Amanah, Husam Musa.

Menurut beliau pemimpin Umno dan PAS dirasakan wajar mendapatkan persetujuan daripada penyokong masing-masing untuk merealisasikan piagam berkenaan.

Hal itu kerana, kata Husam, tiada jaminan piagam tersebut akan membawa kedua-dua parti menjalinkan hubungan yang berkekalan.

Katanya hubungan suami isteri pun kadang-kadang bermasalah dan dalam kes tertentu ia boleh membawa kepada konflik yang berakhir dengan perceraian.

“Tidak semestinya dengan ada piagam, hubungan (PAS dengan UMNO) akan terjalin erat.

“Kita mengambil contoh dalam perhubungan suami isteri, ia bukan selalu baik dan tetap akan bergaduh, malah boleh bercerai juga,” katanya seperti dipetik BH Online hari ini.

Kenyataan itu dibuat Husam selepas menghadiri majlis berbuka puasa dan penyerahan bantuan di Rantau Panjang, Kelantan, malam tadi.

Husam yang juga pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) menambah, piagam berkenaan juga sepatutnya membawa kebaikan kepada negara secara keseluruhan dan bukannya mempunyai agenda kuasa semata-mata.

Pada 23 Mei lalu Malaysiakinimelaporkan kerjasama di antara PAS dan Umno akan diperkukuhkan melalui piagam yang akan dimeterai tidak lama lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");