Perak Hari Ini

PDRM,PERKEP Perak Raikan Anak Yatim

IPOH: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Perak hari ini meraikan anak-anak yatim yang terdiri daripada warga PDRM melalui program ‘Meraikan Anak-Anak Yatim PDRM Perak’.

Pengerusi PERKEP Kontinjen Perak, Datin Zainah Othman berkata seramai 40 orang anak-anak yatim dari kalangan 6 hingga 16 tahun ini diberi peluang untuk memilih sendiri pakaian raya mengikut citarasa mereka sambil dibantu oleh ahli ahli PERKEP.

“Ini merupakan program tahunan dimana sedikit sebanyak mampu meringankan beban dan mengukir senyuman diwajah anak-anak yatim ini dengan membantu mereka mempersiapkan pakaian raya menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti.

“Selain itu, program ini juga diharapkan mampu menerapkan nilai-nilai murni dan sikap bersedekah dikalangan ahli PERKEP kontinjen Perak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media selepas program Meraikan Anak-Anak Yatim PDRM Perak di Gedung Tekstil Jakel, Ipoh, hari ini.

Ujar Zainah lagi, sumbangan ini juga turut dibantu oleh pihak Jakel dalam memberikan tawaran harga istimewa serta sepersalin baju raya kepada anak-anak yatim ini.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pihak yang membantu kami dalam menjayakan program ini dalam membawa kegembiraan kepada anak anak ini untuk menyambut hari raya sama seperti orang lain tanpa rasa terpinggir,” katanya lagi.

Pada perkembangan sama, selepas selesai program tersebut, kesemua anak-anak yatim ini akan dibawa ke Kediaman Ketua Polis Perak untuk satu majlis berbuka puasa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");