Perak Hari Ini

Pembangkang Dibenarkan Guna Dewan Orang Ramai Kecuali Tujuan Politik

IPOH: Kerajaan Perak membenarkan semua pihak, termasuk daripada parti pembangkang yang mahu menggunakan dewan orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pertanian dan Perladangan negeri, Abdul Yunus Jamhari berkata tidak ada halangan untuk mereka berbuat demikian dengan syarat mereka dapat menjaga kemudahan itu dengan baik selain membayar sewa seperti ditetapkan.

Namun katanya, kerajaan negeri tidak membenarkan dewan orang ramai dan kawasan sekolah dijadikan sebagai markas pilihanraya ataupun mesyuarat parti.

Katanya ia termasuk dengan tindakan memaksa penjawat awam hadir ke program yang berbaur politik kepartian.

“Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN), jangan sekat pembangkang untuk menggunakan dewan orang ramai, bagi tujuan yang baik seperti program amal, jamuan raya, aktiviti sukan dan lain-lain.

“Jika program ceramah yang menghentam kerajaan, kita tidak benarkan. Pembangkang pula jangan berselindung di sebalik penganjuran program ilmu untuk menyebarkan fitnah sehingga menimbulkan perpecahan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikongsi menerusi laman Facebook beliau, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");