Berita Hari Ini

Rumah Musnah Terbakar Angkara Bunga Api

BESUT – Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah didiami mereka musnah dalam kebakaran dipercayai akibat terkena percikan bunga api di Kampung Belaoh, Hulu Besut dekat sini semalam.

Sebelum kejadian pada pukul 6.30 petang itu, dua kanak-kanak perempuan, Nur Aisyah Shahfia Mohd. Ismail, 8, dan adiknya, Nur Dayana Qistina, 6, yang merupakan cucu pemilik rumah, Zaharah Hassan, 70, dipercayai sedang bermain bunga api di bawah rumah kayu terbabit.

Zaharah berkata, sewaktu kejadian sedang menyiapkan juadah berbuka puasa di dapur manakala ibu dua beradik itu, Harizah Mohammad, 32, pula singgah di rumah saudara mereka tidak jauh dari rumah mereka.

“Dua cucu saya sedang bermain bunga api di bawah rumah yang mempunyai longgakan kayu bergergasi dan saya telah melarang mereka. Tidak lama kemudian yang mempunyai masalah rabun terasa bahang panas dari arah bahagian hadapan rumah kami.

“Saya kemudiannya mendengar dua cucu perempuan bergegas ke pintu dapur dan meminta saya segera keluar dari rumah yang sedang terbakar untuk menyelamatkan diri,” katanya kepada Kosmo! Online di sini hari ini.

Zaharah berkata, dia dan Nur Aisyah Shahfia serta Nur Dayana Qistana segera berlari ke jalan besar untuk meminta bantuan penduduk kampung.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");