Berita Hari Ini

Sri Lanka Dedah Nama Suspek Serangan Bom

COLOMBO: Polis Sri Lanka hari ini, mendedahkan nama sembilan individu yang melakukan serangan bom pada sambutan hari Easter, yang mengorbankan 253 mangsa.

Pihak polis juga mengumumkan bahawa aset kesemua penyerang itu akan disita mengikut undang-undang anti pengganas.

Jurucakap polis, Ruwan Gunasekera turut mengesahkan bahawa dua beradik melakukan serangan ke atas dua daripada hotel mewah yang terbabit dalam insiden itu.

Katanya, dua beradik itu berasal dari keluarga kaya di Colombo, yang terbabit dalam perniagaan pengeksportan rempah.

Kumpulan militan Islam dilaporkan menempatkan seorang pengebom di setiap lokasi terbabit, manakala dua pengebom nekad menyerang hotel Shangri-La.

Salah seorang pengebom di Shangri-La adalah Zahran Hashim, iaitu pemimpin kumpulan militan tempatan yang terbabit dalam beberapa serangan, yang didakwa dilakukan oleh militan Daesh.

Serangan itu turut disertai rakannya, Ilham Ahmed Mohamed Ibrahim.

Abang Ilham, iaitu Inshaf Ahmed pula terbabit dalam serangan di hotel Cinnamon Grand.

Sementara hotel ketiga, iaitu hotel Kingsbury, diserang oleh suspek yang dikenali sebagai Mohamed Azzam Mubarak Mohamed.

“Isterinya kini dalam tahanan polis,” kata Gunasekera. – AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");