Berita Hari Ini

Mufti Perlis Terima Ugutan Pukul

PADANG BESAR: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, membuat laporan polis selepas menerima ugutan untuk memukulnya di Facebook, semalam.

Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd, berkata laporan itu dibuat oleh Mohd Asri pada jam 6.30 petang semalam di sebuah balai polis di daerah Padang Besar.

Beliau berkata, laporan itu dibuat oleh Mohd Asri demi keselamatan diri dan keluarganya daripada sebarang perkara yang tidak diingini.

“Berdasarkan keterangan, beliau menerima satu mesej di Facebook daripada individu yang mengguna nama ‘Sandev Sandev’ pada jam 6 petang yang mengancam untuk memukulnya.

“Pada mesej itu, lelaki berkenaan meminta Mohd Asri memberikan alamat rumah bagi membolehkan suspek datang dan memukul Mohd Asri sehingga dirinya mengalami kecederaan parah.

“Suspek juga memberikan nombor telefon bimbitnya bagi membolehkan Mohd Asri menghubunginya secara terus disamping bertujuan untuk memudahkan suspek melunasi hajat dengan memukulnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Noor Mushar berkata, pihaknya sudah mendapatkan keterangan Mohd Asri dan menyimpan bukti yang jelas menunjukkan terdapat ancaman berkenaan di Facebook.

“Malah kita juga sudah mengesan suspek lelaki yang berusia 36 tahun dan kini menetap di sebuah alamat di Pintasan Pengkalan 4 Wels Quay, Pulau Pinang.

“Jadi kita akan menahan suspek dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung ancaman pukul terhadap Mohd Asri,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.-BHarian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");