Berita Hari Ini

Syed Saddiq Sahut Pelawaan TMJ

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersetuju menerima pelawaan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan di Larkin, Johor Bahru.

Katanya, beliau sendiri akan mengutus surat kepada pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) itu bagi menentukan tarikh perlawanan berkenaan.

“Saya rasa dalam bab ini, saya akan mengutuskan surat kepada TMJ kerana perlawanan persahabatan ini penting bagi mengeratkan hubungan silaturrahim dan memastikan sukan dijadikan jambatan untuk menyatupadukan semua.

“Saya juga agak yakin ini adalah antara fungsi sukan bukan hanya untuk terus kekal sihat tetapi mengeratkkan hubungan silaturrahim terutama di bulan Ramadan yang istimewa ini,” kata mengulas hasrat TMJ untuk bertemu pasukan Syed Saddiq dalam perlawanan persahabatan bola sepak di Larkin,

Tunku Ismail menyatakan hasratnya itu menerusi akaun Twitternya miliknya ketika menjawab pertanyaan pemilik akaun @vijhayvick yang membangkitkan persoalan bagaimana pertembungan pasukan TMJ bertemu dengan pasukan Syed Saddiq.

“Cabaran diterima, Larkin (Stadium Tan Sri Hassan Yunos) akan dibuka untuk menentang pasukan ‘Picasso’. Pertembungan seperti ‘gladiator’ ini mesti berlangsung.

“Saya rasa, perlawanan ini perlu diadakan segera atau kita tunggu pasukan Man City (Manchester City) beli sebuah kelab Malaysia dahulu?” katanya. -BHarian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");