Berita Hari Ini

Syria Pintas Roket Israel

DAMSYIK: Sistem pertahanan udara Syria semalam memintas roket dari Israel dan menembak jatuh sejumlah daripadanya, kata agensi berita rasmi SANA melaporkan.

“Sistem pertahanan udara kami memintas objek bercahaya datangnya dari wilayah diduduki (Israel) dan menembak jatuh beberapa daripadanya,” SANA memetik sumber tentera, lapor BH Online.

Satu laporan kemudian menyifatkan roket itu sebagai ‘sasaran jahat’ yang dilepaskan ke arah wilayah Quneitra berhampiran Bukit Golan, sebahagiannya diduduki Israel.

Terdahulu, SANA melaporkan, satu letupan kuat kedengaran di ibu kota ini.

Pemantau Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) berkata, tiga letupan menggegarkan bahagian barat daya ibu kota ini semalam.

“Israel menyasar rantau Kiswah di mana gudang senjata milik Iran dan proksinya, Hizbullah ditempatkan,” kata Ketua SOHR, Rami Abdel Rahman.

Israel menjalankan ratusan serangan udara di Syria, kebanyakannya apa yang dikatakan sasaran Iran dan Hizbullah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");