Membawang Hari Ini

Tiada Kesan Negatif Fizikal, Psikologi Pada Anak Aliff Syukri

KUALA LUMPUR: Pemeriksaan awal Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ke atas anak perempuan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, mendapati tiada kesan negatif pada kanak-kanak itu.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata pemeriksaan itu mendapati tiada kesan negatif secara fizikal dan psikologi dialami Qadejah El Zahra, 9, atau nama timangannya, Cess, rentetan kes dirotan Aliff Syukri.

“JKM sudah siasat dan laporan mendapati tiada kesan negatif ke atas anak beliau, (namun) sekarang ini kita nak rujuk kepada hospital pula.

“Kita tahu niatnya (Aliff Syukri) untuk mendidik anaknya, tapi (dia) dipamerkan (kongsi video).

“Jika (dilihat) keterlaluan memang JKM telah ambil tindakan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan Ramadan kepada masjid dan surau Parlimen Pandan, di Ampang, hari ini.

Susulan kes itu, Dr Wan Azizah turut menasihatkan ibu bapa supaya mengamalkan pendekatan yang lebih baik atau ‘good parenting’.

“Kami mahu mengutamakan kepentingan kanak-kanak, (sebab), itulah kita perlu tekankan ‘good parenting’,” katanya.

Baru-baru ini, isu Aliff Syukri merotan anak perempuannya itu menjadi tular kerana perbuatannya itu didakwa sebagai mendera anak.

Pada Selasa lalu, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang menyifatkan perbuatan itu sebagai penderaan fizikal membuat laporan polis ke atas Aliff Syukri kerana merotan Cess dengan alasan kanak-kanak itu membuka tudung.

Difahamkan, pegawai psikologi JKM bertemu keluarga Aliff Syukri dan membuat pemeriksaan terhadap kanak-kanak itu, semalam. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");