Berita Hari Ini

Peruntukan RM3.43 juta Untuk 10 Sekolah Di KL, Selangor

KUALA LUMPUR: Sejumlah RM3.43 juta peruntukan diberikan kepada 10 sekolah bagi pembinaan prasarana di sekolah sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dalam satu kenyataan hari ini, berkata bantuan yang diberikan menerusi Peruntukan Projek Khas bakal memberi kemudahan yang lebih selesa dan memenuhi keperluan pelajar dan guru.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyampaikan kelulusan pembinaan prasarana tersebut bersama sumbangan kemasyarakatan.

“Kelulusan projek ini adalah berdasarkan permohonan sumbangan daripada pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah yang terbabit.

“Antaranya pembinaan dewan terbuka dan pagar sekolah, menaik taraf dan membaik pulih surau, bangunan serta kemudahan asas sekolah,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, semakan dan penilaian di tapak sudah dijalankan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan laporan dikemukakan kepada pihak kementerian.

Projek itu kemudiannya diluluskan kerana terdapat keperluan mendesak untuk dilaksanakan di sekolah terbabit.

Antara sekolah terbabit ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu, Gombak dan SMK Hulu Kelang di Selangor serta SMK Bukit Indah, Ampang, Kuala Lumpur. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");