Membawang Hari Ini

Zizie Izette Mengaku Tak Bersalah Tuduhan Rasuah RM2.8 Juta

Pelakon, Datin Seri Zizie Izette mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya, Datuk Seri Bung Moktar Radin membabitkan rasuah RM2.8 juta berhubung Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan Berhad (FELCRA), pada 2015.

Penafian dibuat di hadapan Hakim Hakim Azura Alwi, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi tadi.

Mengikut pertuduhan, Zizie didakwa bersubahat memperoleh suapan dengan Bung Moktar yang ketika itu merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra Berhad. Kesemua wang itu diberi dua ejen pelaburan itu dimasukkan ke dalam akaun Public Iktikal Sequel Fund (PITSEQ) di mana akaun itu di bawah nama Zizie Izette.

Difahamkan, rasuah itu sebagai upah kepada Bung Moktar mendapatkan kelulusan daripada Menteri Kewangan II untuk FELCRA Berhad membuat pelaburan sebanyak RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual Berhad.

Semua perbuatan tersebut didakwa dilakukan Public Bank Berhad Cawangan Taman Melawati, No. 262-265, Jalan Bandar 12, Taman Melawati, di sini pada 12 dan 19 Jun 2015.

Bagi ketiga-tiga pertuduhan, Zizie Izette didakwa mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694], dan boleh dihukum di bawah subseksyen 24(1) Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");