Berita Hari Ini

PH Dilihat Perlahan Laksana Janji PRU14 – NGO

Pentadbiran PH perlu memiliki iltizam politik dan lebih telus dalam melaksanakan janji dalam manifesto PRU14, gesa NGO Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4).

Hal ini dirumuskan dalam penilaian NGO antirasuah itu terhadap prestasi PH dalam bidang urus tadbir, reformasi politik dan institusi menjelang ulang tahun pertamanya menguasai Putrajaya.

Kata C4, umumnya PH “dilihat perlahan” dalam mereformasikan hal-hal yang tidak memerlukan kajian lanjut, atau mengambil waktu atau pun melibatkat pindaan perlembagaan.

“Kekurangan ketelusan terhadap langkah-langkah yang perlu diambil dalam melaksanakan reformasi yang dijanjikan, menimbulkan kebimbangan mengenai komitmen kerajaan dalam mengubah budaya mundur kerahsiaan yang mengakar jauh dalam sistem urus tadbir negara kita.

“Sebagai contoh, terdapat keperluan mendesak untuk menyemak semula beberapa undang-undang yang melanggar hak untuk maklumat dapat dilihat dengan jelas dalam penggunaan berterusan akta zalim OSA (Akta Rahsia Rasmi 1972), yang telah digunakan untuk menolak pendedahan laporan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP),” kata C4.

NGO penting untuk Harapan menunjukkan kehendak politik, untuk melihat melalui janji-janji yang dibuat.

“Janji-janji dalam manifesto pilihan raya yang mana kemudiannya diterjemahkan ke dalam dasar-dasar negara, seperti Kajian Separuh Penggal dan NACP mesti lah tanpa syarat dilaksanakan, dan komitmen yang terkandung dalam manifesto PH tidak boleh dianggap sebagai hanya janji untuk memenangi pilihan raya.

Penilaian C4 itu berdasarkan mekanisme pemantauan yang boleh dicapai pada pautan di sini.

Pemerhatian dibuat merangkumi 16 janji manifesto pilihan raya PH.

C4 turut memuji tindakan kerajaan dalam menangani skandal 1MDV, seperti pendakwaan berkaitannya terhadap bekas perdana menteri Najib Razak.

Bagaimanapun C4 mengambil maklum kekurangan tindakan terhadap dakwaan rasuah dalam skandal Majlis Amanah Rakyat (Mara).

NGO itu berkata hal yang sama juga berlaku terhadap Tabung Haji kerana

Mengenai Tabung Haji pula, C4 berkata walaupun tindakan telah diambil menangani kesalahan tetapi SUruhanjaya Siasatan DiRaja turut diperlukan bagi meneliti secara mendalam terhadap hal itu.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");