Sukan Hari Ini

Brazil Mula Langkah Kanan

SAO PAULO: Philippe Coutinho meledak dua gol ketika membantu tuan rumah Brazil, yang beraksi tanpa kelibat Neymar permulaan sempurna di Copa America 2019 dengan kemenangan 3-0 menundukkan Bolivia, pagi tadi.

Bintang Barcelona, Coutinho meledak gol pembukaan pada awal babak kedua menerusi penalti sebelum menyumbat gol kedua peribadinya menerusi tandukan, tiga minit berselang.

Pemain gantian, Everton menjaringkan gol ketiga, lima minit sebelum permainan berakhir untuk menghadiahkan kemenangan buat skuad kendalian Tite yang dianggap salah satu calon juara.

Sekali pun mendominasi hampir keseluruhan babak pertama dan memperoleh peluang terhidang, penjaga gol Bolivia Carlos Lampe tampil dengan prestasi baik untuk menghalang gawangnya daripada dibolosi.

Keputusan tanpa jaringan selepas berakhir babak pertamanya itu menyebabkan skuad kendalian Tite menerima ejekan daripada 67,000 penonton yang hadir selepas wisel ditiupkan.

Selepas Bolivia hampir mencipta kejutan di awal babak kedua apabila Casemiro ditewaskan oleh Raul Castro, peminat tuan rumah menarik nafas lega apabila Coutinho menyempurnakan penalti pada minit ke-50.

Brazil memperoleh penalti menerusi Bantuan Video Pengadil (VAR) apabila hantaran Richarlison terkena tangan Jusino dengan pengadil dari Argentina, Nestor Pitana mengarahkan rakaman insiden berkenaan dinilai semula.

Bolivia dikejutkan dengan jaringan kedua tiga minit berselang apabila Firmino berjaya menembusi pertahanan mereka sebelum melakukan hantaran ke depan gawang yang bijak disambut Coutinho.

Coutinho terus mengucar-kacirkan pertahanan Bolivia selepas itu tetapi jaringan ketiga diperoleh daripada pemain gantian,  Everton menerusi rembatan padu yang gagal dihalang Lampe. – AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");