Sukan Hari Ini

Chong Wei Satukan Rakyat Menerusi Sukan – TPM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengucapkan terima kasih kepada legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei kerana mengharumkan nama negara di mata dunia sepanjang 19 tahun kareiernya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kejayaan terbesar Chong Wei ialah berjaya menyatukan seluruh rakyat melalui sukan.

“Saya mendoakan kejayaan Datuk Lee Chong Wei dalam apa jua bidang yang dipilih selepas ini,” kata Timbalan Perdana Menteri di laman Twitternya, hari ini.

Pagi tadi, Chong Wei mengumumkan persaraannya pada usia 37 tahun dengan menegaskan dia perlu mengutamakan kesihatannya.

Keputusan menggantung raket itu diumumkannya dalam sidang media khas di pejabat Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya dengan dia juga dilihat mengalirkan air mata ketika berucap.

Jelas bekas pemain nombor satu dunia itu, ia adalah keputusan paling sukar pernah dibuatnya, namun melakukannya selepas berfikir panjang termasuk mendapatkan pandangan isterinya Datin Wong Mew Choo.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");