Perak Hari Ini

Jangan Guna Hukum Agama Untuk Kepentingan Politik – Asmuni

IPOH: Tindakan Pas yang secara terbukanya menyatakan pendirian mereka untuk wajib menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dilihat sebagai menggunakan hukum agama untuk kepentingan politik.

Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi berkata Pas sering mengeluarkan ‘fatwa’ baru bertujuan untuk menjatuhkan parti lawan mereka setiap kali mengadakan muktamar tahunan.

“Begitulah sikap mereka yang gemar menjatuhkan ‘hukum’, sebagai contoh dahulunya apabila mereka bergaduh dengan UMNO, mereka gelarkan UMNO sebagai parti kafir dan sekarang mereka mahu menjatuhkan PH pula.

“Pengikut yang tidak mahir dalam agama akan menganggapnya sebagai satu perintah kerana yang bercakap mengenainya itu memakai serban dan berjanggut, jadi pengikut mudah terpedaya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Amanah peringkat negeri Perak, hari ini.

Ujar Asmuni lagi, PH tidak mengambil kisah mengenai penyatuan dua buah parti tersebut kerana kerajaan PH akan sentiasa komited dengan gagasannya dalam membawa perpaduan kepada seluruh masyarakat.

“Kita disini mempunyai wawasan dimana ingin membawa perpaduan dikalangan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama mahupun keturunan.

“Apabila baik dengan satu pihak, janganlah menolak atau memburukkan pihak yang lain dan ini bukan cara PH dalam mentadbir Malaysia baru yang inginkan perpaduan dikalangan rakyat,”katanya.

Ahad lepas, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh semasa menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan PAS ke-65 di Kuantan, Pahang menyatakan pendirian bahawa wajib hukumnya bagi parti itu menjatuhkan kerajaan PH.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");