Berita Hari Ini

Kuala Koh Masih Zon Merah

KOTA BHARU: Kampung Orang Asli suku Batek di Kuala Koh masih dalam zon merah meskipun penduduk sudah kembali ke rumah.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd Taufik Maidin, berkata status itu kekal sehingga Kementerian Kesihatan mengisytiharkan kawasan itu selamat.

Berikutan itu, katanya, polis akan terus memantau pergerakan masuk ke dalam kampung berkenaan demi keselamatan orang awam.

“Sehingga hari ini, polis masih membuat sekatan di Aring 10 supaya tidak membenarkan kemasukan orang awam, termasuk badan bukan kerajaan yang berhasrat untuk mengagihkan sumbangan kepada Orang Asli di kampung itu.

“Kita tahu mengenai penduduk yang sudah kembali ke rumah masing-masing di kampung itu, namun mereka itu dari kawasan sekitar yang masih dalam zon merah.

“Malah, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) yang membawa mereka pulang dari tempat pemindahan mereka. Jadi, kawasan itu akan tetap zon merah demi keselamatan orang luar,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Katanya, polis akan menunggu pengisytiharan daripada Kementerian Kesihatan mengenai status zon merah kawasan berkenaan.

Rabu lalu, polis mengisytiharkan kampungan Orang Asli suku Batek di Kuala Koh, Gua Musang sebagai zon merah susulan kematian 14 penduduk.

Mohd Taufik berkata, sekatan jalan di Aring 10 sebagai kawalan yang bukan hanya untuk penduduk Orang Asli yang tinggal di kampung itu, tapi menghalang kemasukan orang awam dan pegawai daripada pelbagai agensi. -BHarian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");