Perak Hari Ini

Lelaki Berkopiah Didakwa Menyembah Tokong, Ditahan

BAGAN SERAI- Seorang lelaki yang didakwa merupakan individu yang menyembah tokong kecil sambil berkopiah dan berkain pelikat seperti dalam rakaman video yang tular baru-baru ini, ditahan pihak polis petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob, berkata sekitar jam 5.00 petang Isnin, sepasukan anggotanya telah menahan lelaki berusia 43 tahun itu di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian.

Katanya lelaki yang didakwa merupakan individu yang berada dalam video yang tular berkenaan dikenali sebagai Lim Lip Kok dan berasal dari Bagan Selatan, Tanjung Piandang, dekat Parit Buntar.

“Lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung klip video yang tular baru-baru ini.

“Tiada sebarang rampasan dibuat kerana pakaian yang dipakai oleh lelaki berkenaan seperti dalam rakaman video yang tular, telah dibuang oleh individu yang tidak dikenali.

“Lelaki berkenaan kini ditempatkan dalam lokap Balai Polis Bagan Serai dan proses reman akan dibuat di Mahkamah Parit Buntar pada Selasa,” katanya.

Jelasnya siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1988.

Terdahulu video lelaki berkenaan telah tular di beberapa laman media sosial sejak minggu lalu, selain ia mengundang pelbagai reaksi kurang senang dalam kalangan masyarakat dan warganet.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");