Berita Hari Ini

Asri Ajak Umat Islam Sokong Pendirian Dr M

Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata pendirian perdana menteri mengenai status penceramah yang dikehendaki kerajaan India, Zakir Naik, menunjukkan beliau enggan tudun kepada “kezaliman dan penindasan”.

Memuji pendirian kerajaan, Mohd Asri berkata umat Islam dan rakyat yang setia kepada negara ini perlu berdiri di belakang Dr Mahathir Mohamad dalam isu berkenaan.

“Pendirian Mahathir dalam isu ini amat dihormati.

“Ia membuktikan sikap beliau yang tidak tunduk kepada kehendak kezaliman dan penindasan di India,” katanya dalam satu hantaran di media sosial pagi ini.

Namun kata Mohd Asri semasa mengendalikan isu penceramah terbabit ada Malaysia gagal menunjukkan taat setia kepada negara ini.

Zakir Naik ialah rakyat India yang dikehendaki kerajaan negara itu atas dakwaan menaja keganasan serta pengubahan wang haram.

Dia menafikan dakwaan tersebut.

Tanpa merujuk kepada mana-mana nama atau individu secara khusus Mohd Asri berkata ketaatan dan tumpah setia mereka terarah kepada “negara asal” masing-masing.

“Dalam isu DZN (Dr Zakir Naik), nyata kesetiaan mereka bukan kepada Malaysia sebaliknya kepada India,” katanya.

Semalam, Mahathir berkata, apabila mendapat permohonan untuk menghantar seseorang ke negara lain, kerajaan berhak untuk menentukan individu terbabit mendapat keadilan.

Beliau juga membandingkan isu Zakir dengan permohonan Malaysia terhadap kepada Canberra untuk mengekstradisi Sirul Azhar Umar yang disabit atas kesalahan bunuh.

Bagaimanapun kenyataan Mahathir itu disanggah Anggota Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh yang berkata Sirul disabit bersalah oleh mahkamah di Malaysia atas tuduhan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, sedangkan Zakir yang didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram belum dibicarakan.

Sokongan dan pujian kepada Mahathir turut diberikan pemimpin Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

Yang dipertuanya, Nik Omar Nik Abdul Aziz, berkata saudara seagama wajar dibantu atas dasar ketakwaan.

“Alhamdulillah atas dasar ketaqwaan kita melindungi serta membantu saudara muslim kita,” katanya dalam satu kenyataan ringkas di media sosial.

Beliau turut memetik sepotong ayat al-Quran dari surah al-Maidah mengenai perintah agar umat Islam saling bantu-membantu melakukan kebaikan lapor MKini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");