Sukan Hari Ini

Liverpool Mahu Rantai Klopp

LIVERPOOL: Liverpool akan terus mengikat Jurgen Klopp untuk jangka masa panjang menerusi tawaran kontrak bernilai 10 juta pound (RM52.85 juta) setahun selepas membawa The Reds muncul juara Liga Juara-Juara, musim ini.

Ratusan ribu penyokong Reds membanjiri jalan di bandar raya terbabit ketika pemain pasukan itu meraikan Kejuaraan Eropah dengan menewaskan Tottenham 2-0 pada aksi final di Madrid.

Kontrak Klopp masih berbaki tiga tahun dengan gaji semasanya ketika ini adalah tujuh juta pound (RM37 juta), namun pemilik Liverpool sedang merancang menawarkan kontrak lebih baik sekali gus mengikatnya untuk jangka masa panjang.

Difahamkan Fenway Sports Group bersedia untuk menaikkan gaji pengendali berusia 51 tahun itu kepada 10 juta pound.

Pengerusi Liverpool, Tim Werner berkata: “Ketika pemain melontarkan Jurgen ke udara selepas kemenangan kami, mereka membuktikan apa yang semua penyokong Liverpool tahu – dia disayangi oleh semua yang menghargai bola sepak.

“Jurgen adalah pengurus yang cemerlang.

“Namun, apa yang penting dia kekal merendah diri dan sentiasa mengambil berat. Dia gembira kerana tahu kemenangan ini begitu bermakna kepada penyokong kami,” katanya. – Agensi

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");