Perak Hari Ini

MB Rasmikan Kem Jati Diri Perintah Khidmat Masyarakat

TANJUNG TUALANG: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hadir bagi merasmikan Kem Jati Diri Perintah Khidmat Masyarakat anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) peringkat zon utara.

Menurut beliau, negeri Perak telah dipilih untuk menjadi tuan rumah untuk program tersebut pada tahun ini dan beliau juga telah menyatakan cadangannya untuk menjadikan ia sebagai satu program tahunan.

“Negeri Perak akan sentiasa bersedia untuk menjadi tuan rumah tidak kiralah bagi zon utara mahupun zon-zon lain kerana saya lihat program ini merupakan sesuatu yang baik untuk memperbaiki golongan-golongan muda yang telah tersilap langkah untuk memperbetulkan nasib mereka.

“Ini juga merupakan program yang cukup penting kerana menjadikan mereka sebagai pelatih khidmat masyarakat merupakan satu cara memperbaiki nilai diri yang terbaik serta mendekatkan mereka dengan pihak kerajaan agar mereka tidak melakukan lagi kesilapan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media Kem Jati Diri Perintah Khidmat Masyarakat di Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD) UITM Perak di Kampung Gajah, hari ini.

Ujar beliau lagi, mungkin ada di kalangan masyarakat di luar sana yang memandang sinis kepada anak-anak muda ini dan mungkin juga ada ibu bapa atau waris yang merasa tertekan kerana anak-anak mereka terpaksa menjalani program seperti ini setelah didapati bersalah atas kesalahan tertentu.

“Tetapi sebagai anggota masyarakat, kita sebenarnya mempunyai peranan yang besar untuk mendidik serta mendampingi anak-anak remaja atau belia yang telah tersilap langkah dalam hidup supaya mereka dapat kembali kepada landasan yang betul.

“Ingin saya nyatakan kepada anak-anak muda ini supaya jangan sesekali mengalah dengan keadaan kerana belajar daripada kesilapan merupakan proses memperbaiki diri serta dapat membentuk sahsiah dan mampu mengubah masa depan mereka.

“Berdasarkan tinjauan rambang, saya mendapati bahawa terdapat bekas pelatih program khidmat masyarakat yang telah mendapat pekerjaan dalam pelbagai sektor dan ada juga yang telah berjaya melanjutkan pelajaran peringkat sijil hingga ke peringkat ijazah sarjana muda di universiti tempatan.

“Ini adalah bukti bahawa mereka semua juga mampu berjaya jika memanfaatkan peluang yang diberikan sebaik-baiknya untuk bangkit dari kegagalan lampau dan saya juga ingin menyeru kepada ibu bapa supaya janganlah berputus asa dengan anak-anak mereka, yakinlah bahawa Allah telah memilih mereka untuk menjadi insan yang lebih baik di masa depan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");