Sukan Hari Ini

Mourinho Mulai Terdesak

LONDON: Jose Mourinho menegaskan beliau ‘dahagakan’ tugas mengendalikan pasukan dan mengakui mulai rindu untuk berada di tepi padang.

Mourinho dipecat oleh Manchester United pada Disember lalu selepas menghabiskan tempoh dua setengah tahun di Old Trafford.

Pengurus kelahiran Portugal itu dikaitkan dengan tugasan di Itali dan Perancis sejak itu tetapi masih belum ada khabar gembira daripadanya.

Pengendali berusia 56 tahun itu memiliki profil yang hebat selepas memenangi dua trofi Liga Juara-Juara dan lapan gelaran liga domestik di empat negara, tetapi berbanding berehat lebih lama, Mourinho berkata keinginannya untuk melatih pasukan tetap sama.

“Tidak, kini saya mahukannya lebih lagi. Saya sudah tidak makan selama lima bulan. Saya sudah tidak makan bola selama lima bulan,” kata Mourinho yang pernah mengendalikan Real Madrid dan Chelsea.

“Saya terpaksa menderita kerana saya tidak memiliki bola sepak, kerana saya tidak melatih, kerana saya tidak bermain. Tetapi saya tidak berada di situasi apabila menonton perlawanan di televisyen, saya mahu memadamnya kerana saya tidak mahu melihat segala-galanya.

“Saya dapat mengawal penuh emosi saya. Tetapi ia adalah sebahagian daripada diri sayang yang penting dan jelas saya merinduinya.”

Sekali pun keinginannya tinggi, Mourinho menegaskan beliau tidak terburu-buru untuk kembali menjawat sebarang tugas dan bersabar bagi mendapatkan projek yang berpotensi.

“Memenangi gelaran di lima liga berbeza atau memenangi Liga Juara-Juara untuk kelab ketiga adalah perkara yang saya mahu lakukan, tetapi saya tidak begitu berharap.

“Saya lebih mementingkan projek untuk diri saya. Saya mahu pergi dan gembira. Saya tidak mahu pergi dan meletakkan satu kaki di depan dan satu kaki di belakang.

“Saya jelas tenang. Jika tidak ketika ini, ia akan berlaku tidak lama lagi. Jika saya tidak dapat apa yang membuatkan saya gembira, saya tidak akan pergi. Saya fikir saya berhak untuk berfikiran seperti itu.”

Sepanjang karier pengurusannya, Mourinho hanya mengendalikan kelab dan mengakui masih mempunyai keinginan untuk melatih pasukan kebangsaan satu hari nanti. – AGENSI

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");