Berita Hari Ini

PAS Setuju Tetapi…

KUALA LUMPUR: PAS mahu mengkaji secara mendalam tujuan kerajaan mengemukakan cadangan mewajibkan semua Ahli Parlimen termasuk pembangkang mengisytiharkan harta.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata walaupun parti itu bersetuju secara prinsip terhadap cadangan itu, ia mahu tahu apa tujuan sebenar undang-undang berkenaan hendak diwujudkan.

“Secara prinsip kami tidak ada masalah untuk isytihar harta. Tetapi kita akan lihat bentuk usul dan tujuan usul terbabit, apakah munasabah atau tidak? Dalam sebuah Hadis Rasulullah SAW menyuruh supaya harta yang ada tidak dihebahkan, kerana ramai pendengki kata Rasulullah.

“Dalam Islam harta akan ditanya dari mana (sumber) kamu dapatkan harta dan ke mana kamu belanjakan harta. Apakah di tempat yang halal atau haram.

“Kata Saidina Ali, harta yang halal akan dihisab dan yang haram akan diazab,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tuan Ibrahim berkata demikian ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai cadangan mengemukakan usul di Dewan Rakyat mewajibkan semua Ahli Parlimen, termasuk pembangkang mengisytiharkan harta bertujuan menghalang mereka menggunakan pengaruh sebagai ahli politik dan pemimpin untuk mendapat habuan terutama rasuah.

Tuan Ibrahim juga berkata biasanya Ahli Parlimen dari parti pemerintah yang mempunyai pengaruh terhadap sebarang permohonan peruntukan atau projek.

“Kami di pihak pembangkang ini peruntukan yang dijanji dalam manifesto pun tidak ditunaikan (tidak diberikan seperti dalam janji pilihan raya Pakatan Harapan).

“Jadi apa pengaruh kami (pembangkang) dalam meluluskan sesuatu projek.

Peruntukan undang-undang mestilah dibuat atas kepentingan utama dan bukaan atas ‘sangkaan’,” katanya.

Untuk rekod PAS adalah parti pemerintah di Kelantan dan Terengganu.- BHarian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");