Perak Hari Ini

Anak Syarikat Keris Bhd Lancar Tanggungjawab Sosial Korporat

IPOH: Palazzo Development Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan Keris Berhad (TKB) telah mengadakan sambutan khas “ECO-RAYA” bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri dan permulaan tanggungjawab sosial korporat (CSR) di Taman Ipoh Impian.

Pengarah Kumpulan Keris Berhad, Anuar Abu Hassan berkata, acara rumah terbuka hari ini juga bertepatan dengan inisiatif (CSR) kami iaitu membersihkan, mencantikkan dan memperbaiki keadaan Sungai Pinji serta persekitarannya.

“Palazzo Development Sdn Bhd juga telah berusaha untuk mengekalkan serta meningkatkan lagi kawasan tersebut, lampu LED akan dipasang di kawasan itu untuk digunakan oleh masyarakat untuk tiga tahun akan datang sebelum diserahkan kepada agensi-agensi kerajaan.

“Program CSR ini adalah kerjasama dengan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak dan juga Tenaga Nasional Berhad (TNB),” katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media Majlis Eco-Raya di Taman Ipoh Impian, hari ini.

Majlis turut dihadiri hampir 500 orang tetamu termasuk wakil dari agensi kerajaan, agensi negeri, penduduk sekitar dan juga masyarakat umum.

 

Ujarnya lagi, inisiatif ini merupakan pelaburan yang baik yang bukan sahaja memberi manfaat kepada komuniti, malahan untuk anak-anak kita di masa hadapan.

“Kami percaya tanggungjawab yang telah dijalankan ini dapat meningkatkan kesedaran tentang pentingnya menjaga persekitaran disamping meningkatkan dan melengkapkan kemudahan yang telah diuruskan oleh agensi tempatan.

“Ia merupakan tugas yang mencabar dan diharapkan mampu meringankan beban agensi-agensi ini demi kebaikan masyarakat. Visi utama kami adalah untuk memelihara kawasan dengan persekitaran yang subur serta mewujudkan ruang yang menarik untuk mayarakat melakukan aktiviti luar.

“Tindakan segera telah diambil oleh kami demi membantu agensi-agensi tempatan seperti contoh membersihkan sungai yang telah dijadikan tempat pembuangan sampah oleh golongan yang tidak bertanggungjawab,”katanya lagi.

Pada perkembangan sama, sebanyak 120 pokok telah ditanam di kawasan tersebut demi memastikan tanggungjawab sosial korporat ini berjaya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");