Perak Hari Ini

Perak Perlu Jaringkan Lebih Banyak Gol- Ahmad Faizal

IPOH: Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berharap The Bos Gaurus (TBG) dapat mengekalkan momentum mereka ketika melayan kunjungan Pahang pada separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Perak, Sabtu ini.

“Daripada perlawanan separuh akhir pertama, saya yakin dan percaya Perak akan dapat memberikan saingan yang hebat.

“Kita harap akan dapat menjaringkan seberapa banyak gol dalam separuh masa pertama agar dapat mengekalkan momentum dan menekan agregat dua gol sedang dinikmati pasukan Pahang ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, di sini, hari ini.

Ahmad Faizal turut memuji gol ketiga Pahang dijaringkan pemain importnya, Herold Goulon pada minit-minit terakhir dan mengakui ia adalah gol yang cantik.

“Ramai yang mengatakan bahawa ia adalah kesilapan penjaga gol kita tetapi kita perlu berdepan dengan kenyataan bahawa gol itu adalah gol cantik yang juga satu antara sejuta.

“Kita patut berikan pujian kepada pemain Pahang, kita perlu berikan kredit yang Goulon berjaya menjaringkan gol yang boleh memenangi Anugerah Puskas.

“Janganlah kerana kerana gol itu terkena kepada Hafizul, kita nak mempertikai prestasi penjaga gol kita, saya fikir dia sudah bermain dengan baik, Perak secara keseluruhannya bermain dengan baik cuma pada malam itu Pahang berjaya menjaringkan tiga gol.

“Jadi untuk perlawanan akan datang kita pula akan cuba menjaringkan lebih banyak gol dan kita ada peluang baik untuk ke final” katanya.

Ditanya mengenai jualan tiket bagi perlawanan Sabtu ini, Ahmad Faizal berharap PAFA akan dapat memastikan ia dibuat secara telus bagi memastikan peminat tegar bola sepak Perak berpeluang menyaksikan perlawanan itu.

Katanya, pihaknya menjangkakan jualan tiket memang tidak mencukupi kerana Stadium Perak hanya mampu memuatkan sehingga 30,000 penonton pada satu masa.

“Jaminan saya, tiket memang tidak akan cukup sebab stadium boleh tampung hanya 30,000 penonton dan sebahagian besar rakyat Perak sudah tentu mahu memberikan sokongan dan hanya sekitar 30,000 yang bertuah dan selebihnya akan kecewa.

“Jika mahu memberikan sokongan kita masih boleh meneruskan sokongan menerusi siaran langsung di televisyen,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");