Berita Hari Ini

Perantau Kelantan Pengotor?

GUA MUSANG – Kesucian penghujung Ramadan dicemari dengan sikap tidak bertanggungjawab segelintir anak Kelantan di perantauan yang pulang untuk menyambut Aidilfitri esok dengan membuang sampah sesuka hati.

Perbuatan yang disifatkan tidak bertamadun itu memperlihatkan kurangnya kesedaran sivik golongan itu dengan sewenang-wenangnya meninggalkan sampah.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Ahmad Fauzi, 34, berkata, sikap itu secara tidak langsung mencemarkan imej Kelantan yang terkenal dengan jolokan ‘Serambi Mekah’ lapor Kosmo Online.

“Kalau orang label rakyat Kelantan pengotor kita naik angin hingga tak ingat dunia nak marah, tapi inilah hakikatnya.

“Sepatutnya perantau tunjukkan sikap baik dengan buang sampah di dalam tong yang telah disediakan agar ia menjadi contoh kepada masyarakat setempat,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Ahmad Fauzi memberitahu, sikap tersebut secara tidak langsung menyusahkan para pekerja pembersihan untuk mengutip sampah-sampah tersebut.

Katanya, longgokan sampah itu bukan sahaja menyakitkan pandangan namun pada masa yang sama mencemarkan alam sekitar.

“Saya harap selepas ini anggota penguat kuasa Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) terus keluarkan saman kepada perantau yang bersikap pengotor.

“Saman ini sebagai pengajaran kepada mereka jangan terus memperagakan sikap tidak bertamadun,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");