Sukan Hari Ini

Play-off Kelayakan Piala Dunia: Matyo Taruhan Utama Robek Gawang Timor Leste

Jurulatih negara, Tan Cheng Hoe, mengekalkan posisi pemain berpengalaman, Norshahrul Idlan Talaha, selaku penyerang utama menjelang pertemuan play-off kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 dengan Timor Leste di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.

Kata jurulatih itu, Norshahrul atau lebih dikenali sebagai ‘Matyo’ tampak selesa dengan tugas barunya itu.

Ia jelas dibuktikan menerusi aksi pemain Pahang tersebut ketika bertemu Nepal dalam aksi pemanas badan, Ahad lalu, ketika bergandingan dengan Syafiq Ahmad selaku penyerang kedua, yang tampak serasi.

“Saya mungkin akan membuat sedikit rombakan tetapi Matyo kekal sebagai penyerang utama.

“Kami mengharapkan dia dapat mencipta sesuatu tetapi kami tidak bergantung kepada Matyo semata-mata, kami memerlukan semangat sepasukan yang tinggi untuk perlawanan malam ini,” kata Cheng Hoe.

Selepas pengguguran Abdul Halim Saari,  Calvin Rodney Akwensivie dan Syahmi Safari, keseluruhan 23 pemain negara berada dalam kondisi yang baik menerusi laporan perubatan pasukan.

Ia jaminan yang cukup sempurna buat pengendali negara itu yang perlu melakar kemenangan.

“Pemain memang fokus dan memberikan komitmen yang tinggi, itulah yang saya harap.

“Apabila melangkah ke padang stadium, pemain perlu fokus seminit,” katanya.-StadiumAstro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");