Perak Hari Ini

PPPNP Anjur Majlis Berbuka Puasa Bersama Masyarakat Orang Asli

IPOH: Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) sekali lagi menganjurkan majlis berbuka puasa secara serentak di Kampung Batu 14, di Tapah serta Kampung Sungai Pelawan, dekat Sungai Manik, pada Jumaat.

Menurut satu kenyataan, seramai 40 warga PPPNP yang terlibat dalam menjalankan program di dua buah kampung angkat agensi tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif PPPNP, Yahanis Yahya berkata majlis tersebut diadakan bertujuan merasai suasana berpuasa bersama-sama masyarakat Orang Asli selain dapat mengeratkan hubungan di antara warga PPPNP dengan penduduk setempat.

Pada majlis yang berlangsung di Kampung Batu 14, seramai 150 keluarga telah menerima kotak bantuan makanan masing-masing.

Selain Pengurus Kanan PPPNP, hadir sama wakil-wakil daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) serta Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

Manakala seramai 160 keluarga di Kampung Sungai Pelawan pula turut menerima sumbangan yang sama.

Program turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin, barisan Pengurusan Kanan PPPNP, wakil JAKOA, serta JAIPk.

Selain itu, beberapa aktiviti lain turut berlangsung di kedua-dua buah kampung itu antaranya acara gotong-royong, membaik pulih surau serta aktiviti memasak bubur lambuk.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");