Panasnya Hari Ini

Rayer Buat Laporan Polis Terhadap Najib

GEORGE TOWN – Anggota Parlimen Jelutong R.S.N Rayer hari ini membuat laporan polis terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pemecatan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Julai 2015.

Rayer mendakwa selain pemecatan itu, Najib turut membuat rombakan besar-besaran terhadap beberapa agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Bank Negara Malaysia dan Jabatan Audit Negara.

“Saya ada membaca satu artikel oleh Anggota Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang yang menggesa polis menjalankan siasatan berhubung tindakan Najib memecat serta merombak pegawai-pegawai kerajaan pada Julai 2015.

“Berikutan gesaan dibuat beliau (Lim Kit Siang), saya terpanggil untuk membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan kerana jika tiada laporan polis, pihak berkuasa (polis) tidak boleh menjalankan siasatan,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, di sini, lapor Bernama.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan polis dibuat Anggota Parlimen Jelutong berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");