Perak Hari Ini

Proses Refrendum Pengundian Awam Pasar Pasir Pinji Berjalan Lancar- Howard Lee

IPOH: Proses refrendum pengundian awam projek pembangunan semula Pasar Pasir Pinji yang telah diadakan pada 22 dan 23 Jun dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) berjalan dengan lancar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pinji, Howard Lee Chuan How berkata, bagi sesi pengundian semalam, sebanyak 788 undi telah dikeluarkan dan prosesnya berjalan dengan sangat baik.

“Pada hari pertama proses pengundian, kita mengalami sikit masalah kerana kekurangan anggota bertugas bagi mengawal keadaan disebabkan ramai yang turun mengundi.

“Oleh demikian, pada hari kedua, kita telah menggandakan jumlah anggota yang bertugas bagi memastikan proses berjalan dengan baik tanpa kesesakkan yang membuatkan para pengundi terpaksa menunggu lama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media Proses refrendum pengundian awam projek pembangunan semula Pasar Pasir Pinji, hari ini.

Ujarnya lagi, ini merupakan projek awam yang pertama dimana ia melibatkan keputusan orang ramai secara langsung bagi menentukan pembangunan semula di Pasar Pasir Pinji.

“Oleh kerana ini merupakan kali pertama kita mengendalikan pemilihan umum atau refrendum, saya ingin memohon maaf kepada pengundi yang terpaksa menunggu lama pada hari pertama proses dijalankan.

“Kita telah meneliti segala kelemahan yang dialami serta telah memperbaikinya dan pada hari kedua ini, saya lihat sambutan dan proses begitu baik.

“Pada hari kedua ini, dijangkakan akan lebih ramai yang akan turun mengundi dan saya sendiri akan berada di sini bagi melihat sendiri proses yang berlangsung.

“Keputusan pengundian akan dikeluarkan pada petang ini dan kepada sesiapa yang ingin melihat liputan proses kira undi dan juga keputusan, kita ada menyediakan siaran langsung di laman sosial Facebook ADUN Pasir Pinji,” katanya lagi.

Pada perkembangan sama, pembangunan semula Pasar Pasir Pinji ini bukan sahaja dari segi persekitaran bangunan, malahan ia juga dapat menjamin keselamatan pengguna fasiliti awam berkenaan serta menyediakan tempat meletak kereta yang mencukupi bagi menerima lebih banyak sambutan daripada pengunjung.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");