Berita Hari Ini

Sidang Kemuncak OIC Nyatakan Sokongan Pada Palestin Dan Arab Saudi

MAKKAH : Sidang kemuncak Islam yang dianjurkan Arab Saudi hari ini menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin dan Arab Saudi yang kini dilanda ketegangan bersama Iran.

Memetik BH Online, Pemimpin Arab dan Teluk ini berkampung bagi menghadiri mesyuarat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), iaitu sidang kemuncak ketiga dan terakhir yang memberi tumpuan terhadap Iran di tanah suci Makkah, mengecam tindakan Amerika Syarikat (AS) memindahkan kedutaan mereka ke Baitulmaqdis dan mengiktiraf kedaulatan Israel ke atas Bukit Golan.

Sidang kemuncak itu, berlangsung tanpa kehadiran pemimpin Iran dan Turki turut menggesa memulaukan negara yang membuka misi diplomatik di bandar itu.

Trump memecahkan dasar politik bi partisan yang berusia berdekad lamanya dengan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel pada Disember 2017.

Kenyataan itu dibuat ketika menantu lelaki Trump, Jared Kushner sedang bersiap sedia untuk membentangkan aspek ekonomi pelan damai Asia Barat di persidangan di Bahrain, akhir bulan ini.

Pelan itu, disifatkan Trump sebagai perjanjian abad ini terdahulu ditolak rakyat Palestin yang menganggap beliau lebih memihak kepada Israel berdasarkan kepada dasar diperkenalkan presiden AS itu.

Kesemua 57 anggota OIC turut menyatakan sokongan ke atas Arab Saudi susulan ketegangan yang semakin memuncak bersama Iran dan pada masa sama, Raja Salman memberi amaran bahawa serangan pengganas di rantau Teluk boleh memberi kesan buruk terhadap sumber tenaga global.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");