Berita Hari Ini
Like

Sindiket Kereta Klon Kembali Aktif

June 20, 2019
193 Views
0 Comments
1 minute read
Sindiket Kereta Klon Kembali Aktif

SHAH ALAM;  Sindiket klon kereta mewah telah kembali bergerak aktif berikutan peningkatan aduan yang ketara daripada pengguna sejak beberapa bulan kebelakangan ini kata Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Nazli Md Taib.

Katanya sejak tiga bulan kebelakangan ini, JPJ Selangor telah menerima banyak aduan daripada pengguna mengadu bahawa mereka telah disenarai hitam berikutan terdapat saman tertunggak yang mereka tidak sedari semasa hendak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu.

“Apabila kami (JPJ) melakukan pemeriksaan, kami dapati saman-saman ini dikeluarkan ke atas kereta yang mempunyai nombor pendaftaran yang sama dengan milik pengadu, kami percaya kereta berkenaan adalah kereta klon.

Pemeriksaan juga mendapati kebanyakan saman ini dikeluarkan di negeri-negeri pantai timur melalui kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas),” katanya kepada pemberita di Majlis Rumah Terbuka JPJ Selangor di sini hari ini.

Nazli bagi tempoh Januari lepas sehingga hari ini, JPJ Selangor telah menerima sebanyak 25 aduan melibatkan kereta klon.

Tambah Nazli lagi kebanyakkan aduan yang diterima pihaknya berhubung perkara itu adalah membabitkan kereta mewah antaranya BMW dan Toyota Vellfire berbanding sebelum ini yang banyak melibatkan kereta daripada jenama Honda.

Oleh itu beliau menasihatkan pembeli kereta terpakai agar tidak menyerahkan seluruh urusan dokumentasi kepada pihak ketiga atau ejen untuk mengelakkan daripada tertipu dan membeli kereta klon.

“Pembeli mesti hadir ke JPJ untuk urusan pertukaran nama dan ke Puspakom untuk urusan pemeriksaan kereta, pembeli mesti pastikan semua dokumen adalah tulen,” katanya.

— BERNAMA

Komen & Pendapat

Comments are closed.