Panasnya Hari Ini

SPRM Dapat Kebenaran Dakwa Zahid

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapat kebenaran Pejabat Peguam Negara untuk mendakwa bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi berhubung kes rasuah.

SPRM dalam satu kenyataan hari ini berkata Zahid akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 26 Jun 2019 dan seterusnya di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 27 Jun 2019.

“Zahid bakal menghadapi beberapa pertuduhan di kedua-dua mahkamah tersebut mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 dan 165 Kanun Keseksaan.

“SPRM juga menahan Ahmad Zahid pada jam 10 pagi semalam di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas beliau hadir untuk melengkapkan proses siasatan akhir berkenaan kes rasuah melibatkan Sistem Visa Luar Negara (VLN),” menurut kenyataan itu.

Semalam, Zahid hadir ke pejabat SPRM untuk siasatan lanjut berkaitan tukar tanah (land swap) di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Ia merupakan kali ke-2 beliau dipanggil memberi keterangan berhubung perkara itu. Beliau memberi kenyataan kepada SPRM pada Khamis lepas lapor FMT.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");