Berita Hari Ini

Tun M Pemimpin Tunggal Berucap Pada Forum Kesatuan Oxford, Cambridge

LONDON: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin satu-satunya pemimpin yang diberi penghormatan untuk bercakap pada kedua-dua forum Kesatuan Oxford dan Kesatuan Cambridge, kata Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman.

Dr Mahathir yang berucap pada majlis Kesatuan Oxford pada Januari tahun ini akan menyampaikan ceramah di Kesatuan Cambridge yang bertajuk “Demokrasi di Malaysia dan Asia Tenggara” di University of Cambridge pada petang ini.

“Ini akan menjadi hari bersejarah, Tun akan bercakap di Kesatuan Cambridge mewakili kepemimpinan Malaysia dan ASEAN. Tiada yang dapat menghalang Tun Dr Mahathir daripada menyuarakan buah fikirannya dan beliau masih dijemput untuk bercakap di Kesatuan Cambridge,” katanya.

Anggota kedua-dua kesatuan itu daripada universiti yang terkenal dan terhormat – Oxford dan Cambridge sering menganjurkan majlis perdebatan

Syed Saddiq berkata demikian kepada media Malaysia di Muzium British.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai pertemuan antara Majlis UK dan Eire (Ireland) (UKEC) untuk wakil pelajar Malaysia pada Sabtu, Syed Saddiq memuji pelajar berkenaan atas keberanian mereka dalam mengemuka isu yang mempengaruhi mereka dan Malaysia kepada perdana menteri.

Syed Saddiq yang hadir dalam mesyuarat tertutup itu berkata, wakil UKEC menyuarakan keprihatinan mereka terhadap gaji yang tidak menentu, peluang pekerjaan yang terhad dan jurang pemisahan yang luas antara kumpulan 20 peratus berpendapatan tertinggi (T20) dan golongan 40 peratus berpendapatan terendah (B40) dalam masyarakat Bumiputera.

Syafiq Akmal Mohd Hussein, seorang ahli dewan eksekutif UKEC memberitahu media Malaysia bahawa Dr Mahathir sangat mengambil perhatian terhadap kebimbangan yang mereka suarakan dalam mesyuarat itu.

Beliau berkata, Perdana Menteri mahu mereka belajar dengan sungguh-sungguh dan pulang ke tanah air bersama pengetahuan dan nilai baik yang berguna untuk pembinaan negara.

“Perdana Menteri menyebut orang Jepun sebagai contoh, yang mengutamakan kerja keras dan nilai-nilai yang baik yang mereka perlukan dalam membangunkan negara,” katanya yang mengikuti jurusan kejuruteraan elektrik dan elektronik di Imperial College London. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");