Sukan Hari Ini

Sasar 5 Tahun Cari Pengganti Chong Wei

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria merasakan tempoh 15 tahun terlalu lama bagi melahirkan pemain setanding Datuk Lee Chong Wei dan ia boleh dipendekkan hingga lima tahun bagi.

Persaraan bekas jaguh perseorangan nombor satu dunia itu menimbulkan tanda tanya mengenai penggantinya dan ketua jurulatih perseorangan lelaki negara, Datuk Misbun Sidek yang mengatakan Malaysia perlu menunggu antara 10 hingga 15 tahun lagi menggusarkan banyak pihak.

Norza bagaimanapun berkata, Chong Wei sendiri sudah menyatakan pemain sekarang cukup bertuah apabila segala kemudahan lengkap seperti Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara sudah wujud berbanding ketika beliau mula menjadi pemain 19 tahun dulu.

“Sekarang semua kita sudah ada, kemudahan kelas pertama sudah ada. Apa yang kita nak adalah mentaliti kelas pertama, disiplin kelas pertama dan pendekatan untuk menjadi pemain kelas pertama.

“Perkara-perkara ini saya rasa semua atlet dan jurulatih tahu malahan saya yakin daripada 15 tahun itu kita boleh percepatkan lagi hingga ke lima tahun. Buat masa ini mari kita usahakan untuk ke lima tahun berbanding 10-15 tahun,” katanya.

Norza berkata, apa yang penting ketika ini adalah usaha perlu disepadukan dalam mempercepatkan lagi usaha mencari pengganti Chong Wei dan BAM sendiri tidak menggunakan pendekatan pemain lebih ‘senior’ untuk diberi pendedahan.

“Merit adalah penting, kejayaan adalah penting dan walaupun pemain itu berumur 25 tahun atau 21 tahun, apa yang kita mahu lihat adalah daripada segi ranking.

“Contohnya Lee Zii Jia (pemain perseorangan lelaki), umurnya baru 21 tahun tetapi saya rasa perkembangan prestasinya lebih baik berbanding Chong Wei ketika sama umur dengannya dahulu. Sebab itu lah kita membantu Zii Jia untuk ke depan lagi,” katanya.

Beliau berkata, pemain pelapis seperti Cheam Jun Wei dan Soong Joo Ven juga diberikan peluang sepenuhnya supaya mereka tidak ketinggalan jauh daripada segi prestasi.

“Bagaimanapun kita ada meletakkan tempoh masa bagi mereka kejar (prestasi terbaik). Kita memberi mereka pendedahan pada kejohanan besar begitu juga dengan pemain lain (beregu).

“Walaupun kita ada (beregu lelaki) Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, kita mahu juga Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei diberli peluang sama untuk mengejar (beregu ranking lebih tinggi). Tak semestinya anda di belakang tapi tak boleh kejar,” katanya.

Mengenai proses kelayakan ke Olimpik, Norza berkata prosesnya baru bermula dengan dua atau tiga kejohanan baru disertai pemain negara dan masih mempunyai tempoh satu tahun ini untuk memperoleh tiket ke Olimpik.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");