Perak Hari Ini

Ahmad Faizal, Tan Kar Hing Dilantik Ahli Lembaga PORT

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Exco Kerajaan Negeri, Tan Kar Hing dilantik sebagai Ahli Lembaga Koloni Karyawan Amanjaya (PORT) yang berkuatkuasa sejak dua minggu lalu.

Perkara tersebut diumumkan Pengurus Besarnya, Nur Hanim Mohamed Khairuddin dalam satu sidang media di PORT Ipoh, di sini, hari ini.

Kar Hing yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri ketika ditemui pemberita berkata satu mesyuarat ahli lembaga pengarah akan diadakan pada masa terdekat yang akan dipengerusikan oleh Menteri Besar.

Katanya Menteri Besar mempunyai pelbagai idea dan perancangan dalam merancakkan kembali industri seni di Perak selain memperkasakan bidang ekonomi seni.

Mengulas tentang sektor tersebut Kar Hing berkata antara langkah terawal yang telah dianjurkan PORT ialah seperti program POP Bazar di Pekarangan Taman Kanak-kanak dan di Pekarangan Dataran Medan Selera Datuk Sagor.

“Dengan adanya usaha ini kita dapat menyediakan ruang kepada mereka-mereka yang berbakat dalam bidang seni.

“Kita bukan hanya sekadar mengadakan program namun dalam jangka masa panjang kita mahu mewujudkan tempat untuk mereka ini mempamerkan bakat dan dalam masa sama, dapat menjalankan ekonomi mereka.

“Ini dipersingkat awal dan untuk seterusnya, ia akan diumumkan oleh Menteri Besar,” katanya.

Terdahulu beliau telah menyempurnakan acara penyampaian hadiah kepada kesemua pemenang bagi Pertandingan Reka Bentuk poster bagi kempen ‘Save Water, Stop Smoking’ yang telah berlangsung pada bulan lalu.

Mengulas lanjut tentang itu, katanya sebanyak 25 penyertaan telah diterima dan kebanyakan peserta terdiri daripada warga Perak dan luar.

“Kesemua karya yang dimenangi ini akan ditunjukkan kepada Menteri Besar dan seterusnya akan dijadikan sebagai bahan kempen untuk seluruh Perak,” katanya.

Juara pertandingan, Nur Athirah Abdul Rahman berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,000 serta sijil penyertaan.

Manakala tempat kedua dan ketiga dimenangi Loo Wai Yew dan Ridzuan Rahman yang mana masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM500 dan RM300, serta sijil penyertaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");