Berita Hari Ini

Banjir Di Melaka Semakin Pulih, Jumlah Mangsa Terus Berkurangan

MELAKA – Keadaan banjir di Melaka semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berkurangan kepada 153 orang melibatkan 36 keluarga setakat pukul 8 pagi ini berbanding 260 orang daripada 66 keluarga, malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata hanya dua buah PPS yang terletak di daerah Alor Gajah masih beroperasi ketika ini.

“PPS yang masih aktif iaitu di Sekolah Kebangsaan Belimbing Dalam dengan 138 mangsa daripada 33 keluarga dan Balairaya Bukit Balai melibatkan 15 mangsa daripada tiga keluarga.

“Jumlah mangsa banjir dijangka akan terus berkurangan berikutan keadaan cuaca yang semakin baik,” kata Effendy, yang juga Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka, dalam kenyataan di sini, hari ini, lapor Bernama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");