Perak Hari Ini

Bersatu Perak Menyokong Penuh Peringatan Tun M

IPOH- Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Negeri Perak menyokong dan mendokong sepenuhnya peringatan Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai peri-pentingnya ahli-ahli parti untuk sentiasa berpegang kepada asas penubuhan parti iaitu berjuang demi bangsa, agama dan negara.

Pengerusi Bersatu Negeri Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata pihaknya akan mengambil serius peringatan Tun M semasa ucapan iaitu ‘janganlah ada di kalangan ahli-ahli parti ini cuba menyalahgunakan Bersatu sebagai wadah untuk mendapatkan kepentingan peribadi’.

“Kita perlu insaf dan mengambil iktibar daripada penolakan rakyat terhadap parti UMNO dalam Pilihan Raya Umum ke-14 yang disebabkan para pemimpin parti itu telah menyimpang daripada asas penubuhannya untuk berjuang demi agama, bangsa dan Negara.

“Ahli-ahli Bersatu juga perlu belajar daripada sejarah parti-parti politik di negara lain yang telah berkubur kerana ditolak oleh rakyat mereka akibat daripada perbuatan meninggalkan asas perjuangan masing-masing selepas mendapat kemerdekaan dan membentuk kerajaan, demi untuk mengejar habuan bagi diri sendiri melalui jawatan-jawatan dalam kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan mengulas mengenai ucapan Tun M semasa Perhimpunan Agung Khas Bersatu, semalam.

Tambah Ahmad Faizal, dengan menunaikan amahah yang telah diberikan oleh rakyat dan memastikan rakyat merasai nikmat daripada perjuangan parti ini, sudah tentu dapat memastikan BERSATU terus mendapat kepercayaan dan sokongan rakyat.

“Bersatu Perak juga menyokong pendirian Tun M bahawa perjuangan membela nasib kaum Bumiputera tidak sama sekali bermaksud mengambil hak kaum lain.

“Sebaliknya, ia bertujuan memastikan hak-hak orang Melayu dilindungi selari dengan prinsip perkongsian kemakmuran yang diperjuangkan oleh kerajaan Pakatan Harapan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");