Membawang Hari Ini

Neelofa Menangis Berdoa Soal Jodoh

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa mengakui berasa sedih dan menangis setiap kali berdoa mengenai soal jodoh.

Neelofa, 30, atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor berkata, dia mahukan bakal suaminya itu nanti bukan saja mampu menggembirakan dan membahagiakan dirinya, tapi juga semua orang di sekelilingnya.

“Saya banyak berdoa mengenai jodoh. Ada satu hari, saya duduk berdoa dan tulis doa. Saya suka tulis doa. Saya cakap, nak bersama seseorang yang bukan saja boleh gembira dan bahagiakan saya, tapi juga orang sekeliling.

“Ia termasuk yang mengenali, menyokong, media, peminat, pasukan dan semua. Jadi, ini yang akan membuatkan saya gembira dan bahagia,” katanya.

Menurut Neelofa, doa itu memberikan makna tersendiri buat dirinya kerana bakal suaminya itu nanti turut menjadi perhatian semua orang.

“Kenapa doa ini, sebab saya banyak mata memandang. Contohnya, orang meletakkan saya sebagai orang dicontohi dan ikon.

“Sehinggakan siapa pasangan hidup saya pun akan memberi impak sangat besar pada orang ramai,” katanya.

Ditanya kenapa dia sedih setiap kali memohon doa mengenai jodoh, Neelofa tidak ada jawapan.

“Saya pun tak tahu kenapa boleh sedih dan menangis,” katanya ringkas.

Terdahulu, Neelofa yang terbabit dalam rakaman program Naura Shares semalam, tidak dapat menahan sebak hingga menangis ketika ditanya mengenai doa yang boleh membuatkannya menangis.

Neelofa cuba menjawab, namun gagal menahan emosi.

Tidak lama kemudian, Neelofa pun berkongsi mengenai perasaan yang dilalui memetik lapor Harian Metro.

“Memang saya akan sedih dan menangis setiap kali berdoa mengenai jodoh. Tidak kira masa dan di mana saja,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");