Berita Hari Ini

Dua Kali Tolak Muka Harimau

DUNGUN: “ALLAH matilah aku,” kata Abdul Fatah Wan A Rahman, 68, selepas terjatuh sebelum dihampiri harimau di Kampung Besul Lama, Bukit Besi, semalam.

Menurut pesara Pejabat Kesihatan itu, dia sempat dua kali menolak muka harimau terbabit sebelum harimau itu menjilat bahu kirinya sebanyak dua kali.

Katanya, sebelum kejadian dia dimaklumkan terdapat dua harimau jinak bermain di kampung berkenaan.

“Saya mengajak isteri, Zarina Ahmad Khan, 59, ke lokasi itu kira-kira 3 petang dan sempat melihat harimau terbabit yang sedang berehat di kawasan laman rumah seorang penduduk.

“Ramai penduduk kampung menyaksikan harimau terbabit, sebab itu saya dan isteri berani ke situ,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Serena, Bukit Besi, Dungun, hari ini.

Menurutnya, ketika itu terdapat juga seorang lelaki dipercayai bomoh turut hadir ke lokasi berkenaan bagi menghalau harimau untuk masuk ke dalam hutan.

“Sewaktu harimau terbabit bingkas bangun dan berjalan naik ke atas jalan keadaan menjadi kelam kabut apabila orang ramai melarikan diri.

“Saya juga turut berlari untuk menyelamatkan diri sebelum tersandung dan jatuh di atas jalan serta dihampiri harimau berkenaan.

“Saya menolak muka haiwan sebanyak dua kali dan ketika itu sangat takut akan menjadi mangsa harimau terbabit,” katanya.

Abdul Fatah berkata, isterinya ketika itu tidak dapat membantu kerana menyelamatkan dua kanak-kanak yang berada di lokasi lapor HMetro.

“Isteri selamatkan budak itu kerana bimbang mereka dicederakan haiwan terbabit.

“Syukur pada tuhan kerana saya tidak di apa-apakan harimau itu dan hanya cedera di bahagian siku serta ibu jari kaki kiri akibat terjatuh saja,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");