Panasnya Hari Ini

‘Di Mana Farhash?’ – Penyokong Setiausaha Anwar Berhimpun Depan Balai Polis

KUALA LUMPUR: Sekumpulan 80 individu yang diketuai Timbalan Pengerusi PKR Perak M A Thinakaran, berhimpun di hadapan Balai Polis Dang Wangi mempersoalkan keadaan Farhash Wafa Salvador yang ditahan polis berhubung penyebaran klip video lucah.

Thinakaran berkata, pihaknya cuba menghubungi pegawai penyiasat kes berkenaan untuk bertanya keadaan setiausaha politik Presiden PKR Anwar Ibrahim itu, namun gagal.

“Di mana Farhash? Inilah soalan yang kami mahu polis jawab. Peguam-peguam saya cuba hubungi pegawai penyiasat dalam kes ini untuk bertanya kebajikan saudara Farhash.

“Tapi, panggilan kami tidak dijawab,” katanya kepada pemberita di Ibu pejabat daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Menurutnya, peguam dan penyokongnya masih tidak tahu keadaan Farhash,  yang juga merupakan pengerusi PKR Perak lapor MKini.

“Kami masih tidak tahu di mana Farhash. Bagaimana kebajikan dia? Sudah cuba menghubungi 100 kali. Pihak polis tak nak jawab. Malah, tak nak balas panggilan peguam. Ini jenis SOP (piawai prosedur operasi) apa?

“Kalau seorang pemimpin politik dilayan sebegini, bayangkan nasib rakyat biasa,” kata Thinakaran turut menggesa penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) segera.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");