Berita Hari Ini

Hari ke-45: Peguam Bekas Presiden MCA Beri Keterangan

Perbicaraan tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan nilai RM42 juta ke atas Najib Razak bersambung lagi. Hari ini ia memasuki hari ke-45.

Sesi hari ini bermula dengan pihak pendakwaan menampilkan saksi ke-55, iaitu seorang peguam, Ranjit Singh, yang pernah mewakili bekas presiden MCA, Ling Liong Sik, dalam saman dikemukakan Najib Razak ke atasnya.

Malaysiakini membawakan liputan perbicaraan itu secara langsung di sini.

LANGSUNG

9.48 pagi: Menurut Ranjit Singh, saman Najib terhadap Ling Liong Sik bukan berkaitan isu kemasukan dana sebanyak RM42 juta ke akaun peribadi bekas perdana menteri itu, sebaliknya turut melibatkan wang sebanyak AS$700 juta.

Peguam yang menjadi saksi ke-55 itu memberitahu timbalan pendakwa raya, V Sithambaram, bahawa keterangan Najib dibuat dalam afidavit balasannya kepada pembelaan Ling pada Feb 2016.

Ranjit – yang bertindak sebagai peguam Ling ketika itu – berkata isu berkenaan diselesaikan apabila kedua-dua pihak menarik balik saman dan tuntutan balas masing-masing dengan tiada kebebasan untuk memfailkan saman baru.


9.21 pagi: Saksi ke-55, Ranjit Singh, memberitahu mahkamah dia bertindak sebagai wakil Ling Liong Sik dalam saman Najib Razak ke atas bekas presiden MCA itu.


9.17 pagi: Timbalan Pendakwa Raya V Sithambaram memaklumkan kepada mahkamah, saksi ke-55 dan peguam, Ranjit Singh, akan memberi keterangan hari ini.

Justeru saksi ke-54, Joanna Yu, yang awalnya dijangka memberi keterangan akan mengambil giliran selepas ini.

9.07 pagi: Perbicaraan akan bermula tidak lama lagi apabila tertuduh, Najib Razak, memasuki mahkamah.

Turut kelihatan bersedia ialah ketua pasukan pembelaan, Muhammad Shafee Abdullah serta peguam lain.

Di pihak pendakwaan, Peguam Negara Tommy Thomas sudah hadir bersama timbalan pendakwa raya yang lain.


Di depan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, peguam bela Najib mungkin memperolehi sesuatu daripada penelitian mereka terhadap rekod perbualan di antara Yu dengan individu buruan polis, Jho Low, melalui peranti Blackberry.

Rekod perbualan itu diserahkan kepada pasukan pembelaan pada Khamis minggu lalu.

Yu yang juga saksi ke-54 pendakwaan memberi beberapa keterangan kritikal kepada mahkamah.

Antara lain dia mendakwa Jho Low – atau nama sebenarnya Low Taek Jho – meminta agar identiti Najib disorokkan dalam penyata akaun bekas perdana menteri itu di Ambank. Kejadian itu berlaku pada 2011.

Yu juga mendakwa diminta agar perbualan tersebut dipadamkan oleh Jho Low namun pegawai bank terbabit menolaknya.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");