Berita Hari Ini

Veteran Umno Kelantan Parah Kena Tetak, Kelar – Laporan

Timbalan Pengerusi Veteran Umno Kelantan, Kamarudin Abdullah dilaporkan cedera parah dipercayai akibat ditetak dan dikelar.
Utusan Online melaporkan kejadian tersebut berlaku di dalam sebuah kedai kopi di Jalan Tengku Chik di Kota Bharu kira-kira pukul 7.45 malam tadi.”Difahamkan beliau yang memakai jubah berwarna putih berlumuran darah akibat kecederaan serius di kepala dan di bahagian tepi serta belakang badan.

“Beliau kini dikatakan sedang menerima rawatan di zon merah di wad kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota Bharu dan berada dalam keadaan stabil,” kata laporan itu yang belum lagi dapat mengenal pasti punca kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud dipetik Utusan Online berkata pihaknya masih belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");