Perak Hari Ini

Kejohanan Badminton Jemputan Piala Menteri Besar Dapat Sambutan Baik

IPOH- Buat julung kalinya Kejohanan Badminton Jemputan Piala Menteri Besar 2019 telah dianjurkan oleh pengamal media negeri Perak dengan sokongan dan penyertaan bersama agensi kerajaan di negeri ini.

Penganjuran kali pertama ini dengan jayanya telah mengumpulkan sebanyak 16 pasukan yang terdiri daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan serta pasukan media yang mana masing-masing berentap untuk merebut gelaran juara Kejohanan.

Penasihat Menteri Besar, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, walaupun kejohanan tersebut adalah pertama kali diadakan tetapi sokongan dan penglibatan agensi kerajaan amat menggalakkan malahan turut menampilkan bakat-bakat yang serba boleh dan hebat.

“Acara ini juga dapat mengeratkan hubungan rapat antara pengamal media negeri Perak dengan agensi kerajaan di negeri ini dan saya yakin bahawa selepas ini akan ada lebih ramai agensi yang akan terlibat jika perkara ini dipromosikan malahan akan diangkat menjadi satu medium penyatuan terbaik.

“Bagi pihak kerajaan juga, diharapkan kejohanan seperti ini akan diaadakan lagi pada masa akan datang supaya dapat berkumpul diantara jabatan dan agensi bagi merapatkan silaturrahim serta beriadah dalam suasana kekeluargaan walaupun bersaing antara satu sama lain,” katanya semasa ditemui pemberita semasa menghadiri acara penutup Kejohanan Badminton Jemputan Piala Menteri Besar 2019, hari ini.

Tambah beliau, kerajaan negeri juga akan sentiasa memberi sokonngan khususnya kepada pengamal media yang tugasnya hanya untuk mendapatkan bahan berita tetapi adakalanya mereka perlu juga terlibat dalam penganjuran seperti ini untuk memahami sendiri betapa sukarnya untuk menganjurkan sebarang kejohanan.

”Perkara seperti ini jika dirancang lebih awal, mungkin lebih banyak penyertaan dari pasukan lain malahan mereka dapat membuat persiapan dengan lebih rapi menjelang hari perlawanan.

“Medium ini juga mungkin boleh diluaskan kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (GLC) dan syarikat swasta pada masa akan datang.

Pada perlawanan kali ini, juara kejohanan akan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM2,500 serta raket badminton manakala hadiah naib juara memenangi wang tunai berjumlah RM2,000 serta beg badminton yang diserahkan oleh Zainol Fadzi pada majlis yang sama.

Pasukan daripada Majlis Perbandaran Taiping (MPT) telah berjaya menjadi juara kejohanan buat pertama kali apabila bertembung dengan pasukan pilihan Pejabat Menteri Besar yang mendapat tempat kedua, diikuti dengan tempat ketiga yang disandang oleh pasukan Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak yang bertemu lawan pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

Kejohanan berkenaan telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua jabatan dan bakal menjadi acara berprestij bagi tahun akan datang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");