Berita Hari Ini

Malaysia Airlines Mungkin Perlu Henti Semua Penerbangan, Kata Dr M

KUALA LUMPUR: Dr Mahathir Mohamad berkata, kegagalan beberapa pihak pengurusan sebelum ini memulihkan Malaysia Airlines mungkin menyebabkan syarikat penerbangan negara itu terpaksa menghentikan semua penerbangannya untuk menjimatkan kos operasinya.

Perdana menteri berkata, pengurusan Malaysia Airlines sudah banyak kali bertukar tangan, tetapi masalah masih tidak dapat diselesaikan.

“Banyak sudah usaha telah dibuat untuk memulihkan MAS sejak ia ditubuh, pengurusannya telah ditukar berkali-kali, masing-masing janji mereka dapat pulihkan syarikat penerbangan itu semula, tetapi malangnya semuanya tak dapat atasi masalah yang dihadapi MAS.

“Sebab itu hari ini kita berdepan kemungkinan penerbangan dihentikan sama sekali supaya kita dapatkan selamatkan wang yang banyak untuk pemulihannya,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan tambahan Mustapa Mohamed (PH-Jeli) yang ingin tahu jika ada rancangan mencukupi untuk Malaysia Airlines berdepan saingan dari dalam dan luar negara lapor FMT.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");