Perak Hari Ini

Exco Nafi Tuduhan Rogol Pembantu Rumah

IPOH- Lanjutan daripada kes rogol bekas pembantu rumah warga negara Indonesia, exco negeri Perak yang dituduh menafikan sekeras-kerasnya kenyataan berkenaan.

Tertuduh yang juga Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu, Pau Yong Choo Kiong berkata, beliau amat terkejut dan keliru terhadap tuduhan palsu yang dilemparkan kepada beliau.

“Saya ingin menafikan sekeras-kerasnya atas tuduhan yang tidak berasas tersebut kerana saya langsung tidak pernah merogol, mencabul kehormatan atau melakukan apa-apa gangguan terhadap dia,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, bagi membersihkan dirinya dari pertuduhan bersifat fitnah tersebut, beliau telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis dan membawa saksi-saksi untuk membantu siasatan polis bagi menunjukkan bahawa ianya merupakan pertuduhan fitnah semata-mata.

“Saya akan menghormati proses undang-undang yang sewajarnya dan mempercayai bahawa pihak polis akan menjalankan siasatan secara profesional dan telus.

“Saya juga percaya bahawa kebenaran akan mengatasi kebatilan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");