Berita Hari Ini

Mangsa Nafsu Serakah 2 Abang

CHUKAI: Dua lelaki layak digelar abang durjana apabila dipercayai sanggup merogol adik kandung mereka sehingga melahirkan seorang bayi perempuan dalam kejadian di Kuantan, Pahang dan daerah ini.

Tindakan terkutuk dua suspek, masing-masing berusia 17 dan 19 tahun itu terbongkar selepas remaja perempuan berusia 13 tahun itu mengadu sakit perut dan dibawa ke Hospital Kemaman untuk pemeriksaan, pada 9.30 malam Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, pemeriksaan lanjut mendapati mangsa hamil 36 minggu dan selamat melahirkan bayi perempuan pada hari yang sama lapor HMetro.

Beliau berkata, hasil soal siasat mangsa yang tidak bersekolah memaklumkan dirogol dua abangnya bermula akhir 2017 ketika mereka menetap di Kuantan, Pahang.

“Siasatan mendapati mangsa dan keluarganya berpindah ke daerah ini pada Ogos tahun lalu dan perbuatan sama berterusan sehingga mangsa disahkan mengandung pada Mei lalu.

“Susulan laporan dibuat di Balai Polis Chukai kelmarin, dua suspek ditahan dan direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");